Ruang tamu dan semua bilik-bilik

Saturday, October 21, 2017

LAST MINUTES CHECK-IN



Beberapa minit sebelum jam 12 tengah malam, ada orang pm di inbox Homestay Semerbak Meru Klang bertanyakan samada ada homestay kosong atau tidak.

Mereka akan ke majlis perkahwinan esok di Meru juga yang tidak jauh dari homestay ini. Kami ingatkan untuk tarikh lain, rupanya 'malam ini' juga nak masuk!


Kebetulan masih kosong dan telah dikemas siap-siap sementara menunggu customer check-in isnin 23 Okt nanti selama 2 minggu. Nampaknya mereka ini langkah kanan... :)


Terima kasih En Shukor Hamid dan keluarga dari Bentong, Pahang. Semoga dipermudahkan segala urusan tuan sekeluarga.

No comments:

Post a Comment