Dimana sebenarnya lokasi homestay semerbak ini? Kalau dari pekan Kapar tu dah tak jauh... lebih kurang 4km saja dan dari pekan Meru juga lebih kurang 4 km juga. Maksudnya ia terletak ditengah-tengah antara Meru dan Kapar.
Kalau dari Setia Alam juga dah tak jauh, kira-kira 10 minit perjalanan menaiki kereta. Jika menggunakan highway NKVE, susur keluar paling dekat adalah Tol Setia Alam. Kemudian terus ikut papantanda Meru / Kapar. Sebelum itu akan jumpa Tesco Setia Alam dan Giant Klang Sentral.
Kalau dari Kapar pula akan lalu depan sekolah perempuan Kapar ni.. dan lalu juga Econsave Kapar yang besar tu. Jalan besar tu dipanggil persiaran hamzah alang.
Sekolah menengah kebangsaan (P) Kapar,
Persiaran hamzah alang, 42200 Kapar
Jika dari Kapar tadi tu akan nampak Shell disebelah kiri dan kawasan perindustrian Meru sebelahnya... selepas itu akan jumpa Sekolah rendah Meru 2 sebelum simpang jalan rambutan.
Masuk simpang jalan rambutan, terus hingga jumpa simpang pertama dan belok kanan. Itulah jalan nenas, di Meru ni... jalan depan sikit akan jumpa surau Hj Fuad pula di jalan nenas ni sebelum sekolah rendah agama Meru 2.
Persimpangan jalan Rambutan, Meru
(Belok kanan ke Kapar, belok kiri ke pekan Meru)
Surau Hj Fuad, jalan nenas, Meru
Sekolah Rendah Agama Meru 2
(Berhadapan dengan Homestay Semerbak)
Rumah hitam ini betul-betul dihadapan Homestay Semerbak
Dari hadapan sekolah rendah agama meru 2 dan surau hj fuad di jalan nenas ini, anda akan terlihat rumah hitam ini sebelum Homestay semerbak yang dimaksudkan.
Kawasan parking yang luas boleh memuatkan sehingga 7-8 buah kereta dalam satu-satu masa. Halamannhya yang luas membuatkan pengunjung selesa untuk meletak kenderaan.
Nahhh.. sekarang anda sudah sampai ke banglo homestay semerbak yang dimaksudkan. Apape kalau nak booking, boleh hubungi 012-620 4747 atau 016-9957740
Untuk sebutharga homestay bagi kegunaan dalam tempoh yang agak lama, sila emailkan ke admin@semerbak.net
No comments:
Post a Comment