Ruang tamu dan semua bilik-bilik

Friday, July 28, 2017

Dimana lokasi homestay Semerbak ini?


Dimana sebenarnya lokasi homestay semerbak ini? Kalau dari pekan Kapar tu dah tak jauh... lebih kurang 4km saja dan dari pekan Meru juga lebih kurang 4 km juga. Maksudnya ia terletak ditengah-tengah antara Meru dan Kapar.

Kalau dari Setia Alam juga dah tak jauh, kira-kira 10 minit perjalanan menaiki kereta. Jika menggunakan highway NKVE, susur keluar paling dekat adalah Tol Setia Alam. Kemudian terus ikut papantanda Meru / Kapar. Sebelum itu akan jumpa Tesco Setia Alam dan Giant Klang Sentral.

Kalau dari Kapar pula akan lalu depan sekolah perempuan Kapar ni.. dan lalu juga Econsave Kapar yang besar tu. Jalan besar tu dipanggil persiaran hamzah alang.



Sekolah menengah kebangsaan (P) Kapar, 
Persiaran hamzah alang, 42200 Kapar


Jika dari Kapar tadi tu akan nampak Shell disebelah kiri dan kawasan perindustrian Meru sebelahnya... selepas itu akan jumpa Sekolah rendah Meru 2 sebelum simpang jalan rambutan. 

Masuk simpang jalan rambutan, terus hingga jumpa simpang pertama dan belok kanan. Itulah jalan nenas, di Meru ni... jalan depan sikit akan jumpa surau Hj Fuad pula di jalan nenas ni sebelum sekolah rendah agama Meru 2.



Persimpangan jalan Rambutan, Meru 
(Belok kanan ke Kapar, belok kiri ke pekan Meru)




Surau Hj Fuad, jalan nenas, Meru




Sekolah Rendah Agama Meru 2
(Berhadapan dengan Homestay Semerbak)



Rumah hitam ini betul-betul dihadapan Homestay Semerbak


Dari hadapan sekolah rendah agama meru 2 dan surau hj fuad di jalan nenas ini, anda akan terlihat rumah hitam ini sebelum Homestay semerbak yang dimaksudkan.



Kawasan parking yang luas boleh memuatkan sehingga 7-8 buah kereta dalam satu-satu masa. Halamannhya yang luas membuatkan pengunjung selesa untuk meletak kenderaan.




Nahhh.. sekarang anda sudah sampai ke banglo homestay semerbak yang dimaksudkan. Apape kalau nak booking, boleh hubungi 012-620 4747 atau 016-9957740

Untuk sebutharga homestay bagi kegunaan dalam tempoh yang agak lama, sila emailkan ke admin@semerbak.net


Thursday, July 27, 2017

Giliran Team Physis Engineering & Technology Industries berada di Homestay Semerbak, Meru


Homestay Semerbak Meru berbesar hati menerima tetamu kali ini daripada syarikat Physis Engineering & Technology Industries yang bepangkalan di Rawang, Selangor. Mereka akan berada disini selama 14 hari bagi menyelesaikan kerja-kerja yang diamanahkan di kilang BlueScope yang tidak jauh dari sini.

Harapan kami agar mereka ini enjoy dan selesa selama berada di Homestay Semerbak. Terima kasih kerana memilih kami sebagai penyedia penginapan tim anda.

Wednesday, July 26, 2017

Keriangan Homestay Semerbak di Meru begitu mengujakan seisi keluarga!



Kawasan keliling yang luas dan tenang serta jauh dari kebisingan kota




Diluar homestay bebas melakukan aktiviti kekeluargaan seperti senaman & tarian



Masing-masing menunjukkan bakat menari hindustan



Ini aksi smackdown yang tidak ganas



Tenang seketika tatkala kepenatan


Aksi ini paling dinanti-nantikan!



Tuesday, July 25, 2017

Dapat kek wakaf



Terima kasih kepada keluarga baru En Yusof dari Bukit Gelugor, Penang yang sudi 'mewakafkan' kek pink yang menarik dan lazat. Mereka berkampung di homestay semerbak meru selama 3 hari bagi menyelesaikan urusan pernikahan dan majlis persandingan disebelah pengantin perempuan.

Walaupun gambar En Shamsul (pengantin lelaki) dan ahli keluarganya tidak dapat dijejaki, namun kek yang ditinggalkan cukup memberikan kenangan manis buat kami. Terima kasih sekali lagi. 

Tahniah diucapkan kerana urusan perkahwinan berjalan dengan lancar dan pihak kami doakan semoga ikatan perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga.

Tarikh 24 July hingga 7 Ogos 2017 telah ditempah!




Tarikh ini penuh

.
Sepanjang 2 minggu ini iaitu daripada 24 July sehingga 7 Ogos 2017 selama 14 hari homestay semerbak telah di tempah oleh Physis Engineering & technology Industries untuk menempatkan pekerja mereka yang ditugaskan disebuah kilang disini.

Tetamu homestay semerbak berbesan dengan orang Jalan kopi, Meru, Klang



Tetamu Homestay Semerbak Meru kali ini adalah Keluarga A.Hasan Yusof dari Felda Chini, Pekan, Pahang yang sangat sporting bergambar dengan team homestay dan memberikan sedikit ucapan raya.





Mereka disini sebagai rombongan pengantin perempuan yang bertanang ke rumah pengantin lelaki di jalan kopi, Meru, Kklang. Foto ini dirakam ketika mereka sudah bersiap sedia nak ke majlis perkahwinan seperti dihajatkan. Terima kasih daun keladi. 




Kami doakan segalanya berjalan lancar dan jodoh mereka berkekalan hingga ke syurga.

Kami

Wednesday, July 5, 2017

Tarikh 21 July - 23 July 2017 sudah ditempah!




3 minggu yang lalu, En Yusof datang ke Homestay kami untuk melihat-lihat keadaan homestay bagi menempatkan ahli keluarganya yang datang dari Penang untuk majlis perkahwinan keluarga mereka.


Selang sehari beliau menelefon kami semula untuk mengesahkan tempahan dan meminta no akaun untuk urusan deposit. Sebenarnya kalau boleh beliau mahukan sebuah lagi homestay yang berdekatan untuk ahli keluarganya yang ramai.


Kami tunjukkan satu lagi homestay yang terletak tidak jauh dari tempat kami untuk en yusof survey bagi memudahkan mereka bergerak bersama ke rumah pengantin. Diharapakan semuanya berjalan dengan lancar.

Monday, July 3, 2017

Terima kasih keluarga Hj Jamaluddin Bin Rais dari Sabak Bernam



Kali ini homestay semerbak dikunjungi oleh tetamu dari Sabak Bernam yang datang beraya di sekitar Meru, Kapar dan Klang. 

Mereka sekeluarga bermalam disini atas rekomen adiknya yang tinggal tidak jauh dari sini dan pernah menggunakan khidmat Homestay semerbak sebelum ini untuk urusan JKKK jagaannya.



Keluarga Hj Jamaluddin Bin Rais dari Sabak Bernam ini begitu sporting apabila sudi bergambar beramai-ramai dan memberi ucapan raya dalam bentuk video sebagai kenang-kenangan mereka disini.




Terima kasih diucapkan dan pihak homestay semerbak mendoakan agar hubungan silaturrahim yang dipupuk antara mereka kekal hingga ke jannah.