Ruang tamu dan semua bilik-bilik

Wednesday, May 10, 2017

Check out awal



Selepas hampir 20 hari bermalam disini, seramai 15 orang tetamu Homestay Semerbak Meru Klang dari sebuah syarikat Marine Contractor yang berpengkalan di Putra height, check out awal sehari walaupun tarikh sepatutnya adalah esok. Takpe.. company dah setel semua 

Mungkin dah rindu sangat dengan famili diorang kot.. sebab rata-rata mereka otai dalam bidangnya. Yang rambut tutup telinga tu mcm era 80an adalah penyelam profesional. Masa nak dapatkan lesen selam, beliau kata 6 bulan kena training di Australia.

Mereka juga sempat berbekam dengan Hj Ismail (berkopiah putih), seorang jurubekam profesional yang kebetulan tinggal di sebelah homestay ini. Mereka berkenalan di surau Hj Fuad yang juga bersebelahan dengan homestay semerbak dan kemudian hingga deal bekam terjadi.


Terima kasih kepada Ramanconcorp Sdn Bhd kerana memilih kami sebagai tempat penginapan pilihan bagi menyiapkan projek di  Kapar Energy Ventures Stesen Janaelektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Jalan Tok Muda, Kapar, Klang. (Special TQ untuk En Amnan)

Bulan puasa ni, belum ada lagi yang booking Homestay Semerbak Meru Klang. Ingat kena bagi special diskaun ni... kejar pahala berganda kot... :)  sebab sebelah homestay ni ada surau. Sesuai utk ibadah yang maksimum. Malas balik rumah, tidur homestay...

No comments:

Post a Comment