Kami menyediakan homestay jenis banglo 3 bilik dengan keselesaan paling maksima untuk pelbagai tujuan. Lokasi homestay semerbak ini di Lot 3696, jalan nenas, Meru, Klang, Selangor. 17 minit perjalanan dari kampus induk Uitm, Shah Alam. Bagi syarikat yang ingin menempatkan para pekerja mereka sementara waktu bagi menyelesaikan tugasan tertentu, boleh hubungi kami untuk mendapatkan sebutharga. Info lanjut, hubungi 012-6204747
Monday, February 27, 2017
Ini pantang larang menginap di Homestay Semerbak Meru
Banyak perkara yang boleh dilakukan apabila anda menginap di Homestay Semerbak Meru Klang. Namun Bukan Semua Orang boleh menginap di homestay ini.
Homestay ini TIDAK SESUAI untuk :
1. Kumpulan kecil 2-3 orang
Jika anda menginap disini dalam kumpulan kecil 2-3 orang, ada baiknya anda menginap di Hotel saja untuk mengelakkan pembaziran. Homestay kami ada 3 bilik, kalau seorang satu bilik boleh juga... terserah anda. Bagi tau jer...
2. Orang Bukan Islam
Minta maaf ye... kami memang tak galakkan orang BUKAN ISLAM menginap disini. Hanya muslim saja ye...
3. Pasangan Bukan Mahram
Walaupun muslim, tapi kalau ada pasangan bukan mahram nak menyewa disini, kami tak benarkan. Kang ada benda-benda tak diingini berlaku... kami juga yang dapat sahamnya.
4. Kumpulan besar lebih 15 orang
Kalau kumpulan anda terlalu besar, kami juga tak galakkan sebab... takut anda tak selesa. Nanti bantal tak cukup, tilam takde... tuala takde... kami juga yang kena komplen.
5. Aktiviti melibatkan arak dan judi
Semua perilaku yang dilarang islam sebenarnya kami tak benarkan ia berlaku di homestay ini. Kalau dah mabuk, macam-macam boleh jadi...
Selain dari apa yang kami nyatakan diatas, ianya boleh dilakukan. Contohnya.. main dam, minum kopi, mandi, BBQ, main sorok-sorok, tengok TV, mengaji, buat kenduri dan lain-lain lagi. Haha... Senang, bukan...!?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment